Musafir Daie Bumi Hang Tuah
PostedMUSAFIR DAIE BUMI HANG TUAH
Alhamdulillah Allah membawa ku dan sahabat musafir ke kuala lumpur hujung minggu yang lepas, bagi menghadiri majlis yang cukup bersejarah, bagi anak-anak melaka di perantauan- PERAWAN MELAKA.
Perawan merupakan NGO ISLAMIC pertama anak-anak Melaka diperantauan yang menggabungkan pecinta-pecinta Islam. Moga kewujudan NGO ni menjadi pemangkin bagi bagi menyuburkan semangat cinta kan islam dalam diri anak-anak melaka yang berada diluar dan di dalam negeri Melaka Bersejarah yang disayangi ini. Kesempatan yang ada kami anak-anak Melaka yang masih dibangku pengajian menara gading merebut peluang untuk berhimpun sebentar antara senior dan junior.
Muqaddimah ringkas kepimpinan baru anak Melaka tentang program-program dakwah yang bakal dianjurkan sepanjang cuti-cuti university tak lama lagi. Kalau kita boleh berdakwah atau sibuk dengan pelajaran di university pada waktu-waktu kuliah, cuti-cuti ni MEMBERI lah pada ummah atau adik-adik kita ditempat tinggal kita pula.
HADIAH ALLAH
Alhamdulilah sempat juga kami anak-anak melaka yang menuntut di KL,MELAKA,JOHOR dan SELANGOR singgah digedung ilmu terbesar 3 tingkat penuh dengan buku2 dari pelbagai penerbit,di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2009 tapi x dapat jelajah semua kerna hanya sempat sejam saja disana sebelum tutup. Kene pergi skali lagi ni, banyak lagi lum belum sempat dijelajahi.
Syukur alhamdulilah Allah menghadiahkan ku buku biografi : Umar Bin Abdul Aziz- Peribadi Zuhud Penegak Keadilan, buku yang terbaik ku kira kerna penerbitan yang dialih bahasa daripada kitab tertua – kitab pertama yang menulis sirah Umar Bin Abdul Aziz karya Abdullah Bin Abdul Hakam. Semoga Allah membimbingku mencontohi Umar dalam menjadi hamba ALLAH dan menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin yang baik.
AZAM UMAR BIN ABDUL AZIZ KETIKA BELIAU DILANTIK MENJADI KHALIFAH
Khalifah ini berkata.
“ Rasullah SAW dan para pemegang tampuk pemerintahan selepas baginda telah memberikan satu sunnah. Mengambil sunnah ini bererti:
-Berpegang teguh pada kitab ALLAH
-Mengukuhkan agama Allah
Tidak ada seorang pun yang berhak menggantikan dan merubahnya dan tidak melihat hal-hal yang menyisihkannya.
Siapa yang mengambilnya sebagai petunjuk, dia mendapat hidayah.
Siapa yang mencari kemenangan dengannya, dia akan menang.
Siapa yang meninggalkannya dan mengikut jalan selain orang yang beriman. Allah akan menghantarnya ke neraka Jahannam, itulah seburuk-buruk tempat kembali”
Abdullah bin abdul Hakim berkata,aku mendengar Imam Malik berkata. “Aku takjub pada azam Umar itu”
Semoga kita dapat mencontohi kepimpinan Khalifah Ar-Rashidin yang ke-5 ini (sesetengah kaul berpendapat begini) dalam memimpin ummah kejalan yang diredhai ALLAH.
Firman Allah Ta’ala
“ Sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir tidak akan(dapat) melaksanakannya (kerana berat), lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh. Sehingga Allah akan mengazabkan orang-orang munafiq lelaki dan perempuan, orang-orang musyrik, lelaki dan perempuan, dan Allah akan menerima taubat orang- orang mukmin lelaki dan perempuan, dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang” Surah Al-Ahzab ayat 72 & 73
Dah habis baca ke? Boleh buat ulasan tentang buku tu :D Syukran