Kepimpinan: Antara Taklif & Tasyrif  

Posted by: aidil_mujahid84


Dalam kerancakan pemilihan kepimpinan hari ini, kita hendaklah menyedari bahawa kepimpinan
( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ). Ini perlu dihayati dan dimuhasabahkan oleh kesemua bakal – bakal pemimpin.

Sebenarnya, terdapat dua perbezaan sikap yang ketara antara tasyrif dan juga taklif:

1. Orang yang menganggap kepimpinan adalah kedudukan dan tasyrif baginya akan berkeinginan kepada jawatan tersebut tanpa berfikir ia akan melaksanakan tanggungjawab kepimpinan yang terpikul dibahunya dengan jawatan tersebut. Dia berbangga bahawa dia seorang berjawatan tinggi tanpa dia merasai bersalah dan gerun bahawa tanggungjawab yang dibebankan keatas bahunya itu nanti akan menyebabkan kehinaan dan penyesalan pada dirinya pada hari kiamat jika ia tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

2. Manakala orang yang faham bahawa ia adalah taklif yang akan dipersoalkan pada hari akhirat, ia akan wara’ terhadap jawatan. Jika maslahah dan syura memutuskan, ia memegang jawatan ia akan bertanggujawab dan akan cuba melaksanakannya dengan besungguh-sungguh. Maka ia ambil dengan perasaan takut dan merasai muraqabah Allah s.w.t.

Sewajarnya kita melihat kepimpinan bukanlah satu aset yang wajar dibanggakan, ada individu yang merasakan dirinya lebih daripada yang lain kerana jawatan yang disandang.


Sesungguhnya Islam memuliakan seseorang pemimpin dan mengajarkan konsep taat selagi mana tidak menyalahi syariat, namun pemimpin perlu sedar kemuliaan yang diberikan ini hendaklah disalurkan kepada jalan yang hak, tanpa penyalahgunaan dan pengabaian terhadap amanah.


Seorang pemimpin hendaklah sedar tanggungjawab yang digalas adalah besar. Amanah yang dipikul akan ditanya oleh Allah kelak. Kerana itulah Rasulullah SAW awal-awal lagi memperingatkan umatnya dengan amanah kepimpinan ini. Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghiffari berkata kepada Rasulullah:


"Apa tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi gabenor (pemimpin wilayah)?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : ”Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya."( Riwayat Muslim )


Walaupun amanah kepimpinan ini sangat besar dan berat, namun seorang pemimpin bukanlah dikerah secara paksa untuk melaksanakan tuntutan yang tidak mampu ditunaikan. Islam mangajar kita melaksanakan sesuatu mengikut kemampuan dan kapasiti yang ada, tidak akan ditanya di akhirat mengapa kita tidak berjaya akan tetapi akan ditanya kelak ialah MENGAPA TIDAK BEKERJA MENUNAIKAN AMANAH.

Anak Kunci Ayat Ini...  

Posted by: aidil_mujahid84




Cepat betul masa berlalu

dah pelbagai alam dan tahap pembelajaran daku lalui
bermula dari tadika
sekolah rendah
menengah agama
politeknik
dan akhir nya ke Universiti

sesekali bila ku lihat adik-adik sekolah rendah
teringat daku dizaman kanak-kanak
tentu seronok kan sahabat?


mana tidaknya
penuh dengan keseronokan
tapi sesekali ada juga konflik
biasa lah budak-budak
bergaduh tu perkara biasa
insyaALLAH sekejap jer

maka damailah mereka

tidak lah seperti orang dewasa
yang terkadang sampai bertahun- tahun lamanya tidak bertegur sapa
bagaimana dengan kita?



Guru Mursyid (GM)

bukan nasyid tau.. "mursyid"
sepanjang hidup ku
biasanya daku pasti akan mencari guru yang mursyid yang menjadi rujukan untuk ku dalam menyuluh kehidupan yang penuh dengan ranjau ini

apa makna mursyid?
mursyid dalam pengertian yang mudah untuk daku jelaskan pada sahabat sekalian ialah guru yang benar-benar alim atau boleh dikatakan
amat menjaga tindak tanduknya juga percakapannya
amat tinggi ilmunya.

Memandangnya..
bisa buat kalian terpegun dan tenang
melihat sinar wajahnya yang terpancar sinar keimanan
dan ketinggian ilmu...penuh hikmah dalam berbicara
amat menjaga batas dalam perkara-perkara yang syak dalam santapan

urm..
memang sukar sahabat nak jumpa
tapi percayalah GM
masih ada lagi di sekeliling kita
cuma mungkin kita tidak atau belum mencari dan tentu sekali tidak akan berjumpa


GM yang kukenali


alhamdulillah sepanjang kembalinya daku belajar di bumi Hang Tuah ni
setelah lama menuntut ilmu dibumi Serambi Mekah, Darul Iman dan Darul aman
akhirnya jumpa juga dengan GM di sini

Hari rabu lepas,
rasa terpanggil hati ni terlalu kuat ingin pulang ke rumah
alhamdulillah dapat juga pulang
nak balik sebelum ni
tapi beban kerja memang banyak sangat sebelum minggu exam

malam tu
ayah ku bilang bahawa malam ni ada kuliah oleh ust..(GM)
lalu diizan kan ALLAH untuk ku kesana bersama ayahanda tercinta





Mutiara Ilmu Yang Disampaikan..

alhamdulilah malam ni amat-amat bernilai dan berharga yang ilmu ust kongsikan dengan jemaah yang hadir ke surau mendengar tazkirah beliau

sahabat-sahabat tau kan ayat SERIBU DINAR
umumnya
diketahui bahawa sesiapa yang mengamalkan ayat ini
ALLAH akan permudahkannya dalam mendapatkan rezeki dan menambahkan lagi rezekinya

ustaz istilahkan ayat itu adalah "mangga"
pelbagai -bagai "mangga" yang dikurniakan ALLAH dalam AL-QURAN
yang diajar oleh nabi dalam Hadis
dan alim ulama
buat kita kan

namun tahukah kita mana
anak kuncinya..
dah tentu kalau tidak kene anak kuncinya
tak kan bisa kita perolehi khazanahnya.. ye tak?
insyaALLAH saya akan kongsi ilmu yang berharga ini dengan sahabat-sahabat yang berminat
pendek jer ayatnya..

"anak kunci ayat" SERIBU DINAR ni

sesiapa yang berminat
tolong komen artikel saya k hehe
dan tulis email sahabat sekalian di ruangan komentar ini
insyaALLAH saya akan email pada sahabat berkehendak pada ayat tersebut
insyaALLAH..

WALLAHHUA'LAM




REMPUH DENGAN KEKUATAN DARI NYA  

Posted by: aidil_mujahid84




Tension

bosan
risaunya
aku mesti wat terbaik sem ni

bicara hati
dan dilema dalam minggu exam

ada yang duk relex
ada yang pulun sehabisnya

dimana posisi kita
tepuk dada tanya diri

bersabarlah dalam menghadapi minggu-minggu yang kritikal ni
teruskan perjuangan selagi bernyawa

percayalah sahabatku semua
ALLAH bersama kita

sebelum kita melelapkan mata
munajat dulu padaNYA

usah jemu berbicara padaNYA
ALLAH Maha Mendengar rintihan hambaNYA

rempuhilah ujian dunia ini dengan mendapat kekuatan dalaman dariNYA




sabar lah
ni baru ujian dunia
kita punya lah risau
tapi adakah kita x risau dengan persiapan untuk "kesana"

bila2 masa jer kita bisa "kesana" kan

urm..
dalam duk sibuk nek final exam ni
jangan lah kita lupe yer
pertingkatkan hubungan akrab dan intim denganNYA

percayalah ALLAH sentiasa bersama hambaNYA..




Salam Taaruf Ke Alam Blogger  

Posted by: aidil_mujahid84

Salam perkenalan buat semua
urm dah lama dah..
apa deeaa
ana baru je teruja untuk membuat blog
nak buat dah lama tapi banyak sangat kekangan
Alhamdulillah akhirnya
di perkenankan Alllah untuk menghasilkan blog ni
banyak lagi yang ana kene blajar dari sahabat2 semua
dalam menghasil dan berkongsi dalam alam blog ni

insyaALLAH ana akan pelbaiki dari masa ke semasa
moga sahabat2 semua dapat berkongsi idea untuk ana perkemaskan lagi blog ini
insyaALLAH dengan ruang dan peluang yang ada kita akan membuat perkongsian ilmu dan apa jua berita

inni akhafullah..

aidil azhiim shamsuddin