Berpijak Dibumi Realiti..  

Posted by: aidil_mujahid84


Assalamulaikum salam perjuangan buat seluruh teman2 ku di saentero malaysia dan luar negara

Maafkan daku kerna terlalau lama menyepi dari terus berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kalian.

Syukur alhamdulillah kita masih dikurnikan iman dan islam disaat ini. Tahun masihi sudah pun berangka 2009 dan hijrah 1430H. Bermakna umur kita semakin bertambah. Pengalaman yang kita perolehi ditahun yang sudah saharusnya menjadi panduan buat kita agar langkahan kita pada tahun ini lebih bererti dalam memberikan sumbangan kita buat islam tercinta.


Priview alam pekerjaan

Pagi- pagi lagi seharusnya seorang daei bangun lebih awal dalam memulakan harinya. Sebaiknya rutin hidup jika selalu bertahajud menjadikan dirinya lebih akrab dengan ALLAH dikala manusia sedang enak diulik mimpi.

Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, yang waktu masuknya fardhu subuh agak lewat daku terus bersiap untuk pergi kerja

Jika x sempat membaca Kalamullah daku ambil peluang untuk membacanya semasa berkenderaan.

Jika diwaktu ku berkuliah dulu masuk waktu ke bilik kuliah setiap hari seawal2 pagi seperti ini. Menjadi kewajipan seorang pekerja untuk sampai di office sebelum jam 8 pagi setiap hari. Buktinya, melalui punch card. Prestasi seseorang pekerja juga dikira berdasarkan kedatangannya.

Terus ku meneliti jadual tempat bertugasku. TNB itu nama syarikat tempat ku bertugas. Pastinya sahabat tahukan produk jualannya. Elektrik atau "karan" kata orang-orang lama.




Daku berkerja di bahagian teknikal. setiap hari mengadap benda yang x nampak tapi dapat dibuktikan. Jika tersilap langkah maut menanti dihadapan.


Dah hampir 2 bulan aku mencari pengalaman di firma ini. Banyak sekali dapat daku pelajari di alam pekerjaan. Melangkah kealam kerjaya menjadikan kita lebih matang dan menduga diri kita dengan sejauh mana kita memperuntukkan masa untuk memberi pada islam. Mana tidaknya, pagi-pagi lagi keluar rumah, membanting tenaga demi sesuap rezeki untuk menampung keluarga(tapi saya lum lah berkeluarga lagi) balik- balik rumah dengan penatnya, tak kan terus tidurkan, Daku menggagahkan diri terus menyumbang tenaga untuk kerja-kerja dakwah.

Taklifan semakin banyak kini, kampus dan negeri menjadi keutamaan. Ya Allah daku x daya memikul amanah ini berseorangan jika tidak kerana KAU memanduku untuk memimpin. Ya Allah tiada daya daku memikul beban dakwah ini, ku amat mengharapkan belah ihsan darimu. Permudahkan daku dan jua sahabat2 ku memikul amanah ini. Jadikan kami hambamu yang terus istiqamah dalam perjuangan.

InsyaALLAH pada artikel yang seterusnya daku akan berkongsi dengan sahabat sekalian kerja2 yang daku lalui di firma "karan" yang utama di Malaysia..