Anak Kunci Ayat Ini...  

Posted by: aidil_mujahid84




Cepat betul masa berlalu

dah pelbagai alam dan tahap pembelajaran daku lalui
bermula dari tadika
sekolah rendah
menengah agama
politeknik
dan akhir nya ke Universiti

sesekali bila ku lihat adik-adik sekolah rendah
teringat daku dizaman kanak-kanak
tentu seronok kan sahabat?


mana tidaknya
penuh dengan keseronokan
tapi sesekali ada juga konflik
biasa lah budak-budak
bergaduh tu perkara biasa
insyaALLAH sekejap jer

maka damailah mereka

tidak lah seperti orang dewasa
yang terkadang sampai bertahun- tahun lamanya tidak bertegur sapa
bagaimana dengan kita?



Guru Mursyid (GM)

bukan nasyid tau.. "mursyid"
sepanjang hidup ku
biasanya daku pasti akan mencari guru yang mursyid yang menjadi rujukan untuk ku dalam menyuluh kehidupan yang penuh dengan ranjau ini

apa makna mursyid?
mursyid dalam pengertian yang mudah untuk daku jelaskan pada sahabat sekalian ialah guru yang benar-benar alim atau boleh dikatakan
amat menjaga tindak tanduknya juga percakapannya
amat tinggi ilmunya.

Memandangnya..
bisa buat kalian terpegun dan tenang
melihat sinar wajahnya yang terpancar sinar keimanan
dan ketinggian ilmu...penuh hikmah dalam berbicara
amat menjaga batas dalam perkara-perkara yang syak dalam santapan

urm..
memang sukar sahabat nak jumpa
tapi percayalah GM
masih ada lagi di sekeliling kita
cuma mungkin kita tidak atau belum mencari dan tentu sekali tidak akan berjumpa


GM yang kukenali


alhamdulillah sepanjang kembalinya daku belajar di bumi Hang Tuah ni
setelah lama menuntut ilmu dibumi Serambi Mekah, Darul Iman dan Darul aman
akhirnya jumpa juga dengan GM di sini

Hari rabu lepas,
rasa terpanggil hati ni terlalu kuat ingin pulang ke rumah
alhamdulillah dapat juga pulang
nak balik sebelum ni
tapi beban kerja memang banyak sangat sebelum minggu exam

malam tu
ayah ku bilang bahawa malam ni ada kuliah oleh ust..(GM)
lalu diizan kan ALLAH untuk ku kesana bersama ayahanda tercinta





Mutiara Ilmu Yang Disampaikan..

alhamdulilah malam ni amat-amat bernilai dan berharga yang ilmu ust kongsikan dengan jemaah yang hadir ke surau mendengar tazkirah beliau

sahabat-sahabat tau kan ayat SERIBU DINAR
umumnya
diketahui bahawa sesiapa yang mengamalkan ayat ini
ALLAH akan permudahkannya dalam mendapatkan rezeki dan menambahkan lagi rezekinya

ustaz istilahkan ayat itu adalah "mangga"
pelbagai -bagai "mangga" yang dikurniakan ALLAH dalam AL-QURAN
yang diajar oleh nabi dalam Hadis
dan alim ulama
buat kita kan

namun tahukah kita mana
anak kuncinya..
dah tentu kalau tidak kene anak kuncinya
tak kan bisa kita perolehi khazanahnya.. ye tak?
insyaALLAH saya akan kongsi ilmu yang berharga ini dengan sahabat-sahabat yang berminat
pendek jer ayatnya..

"anak kunci ayat" SERIBU DINAR ni

sesiapa yang berminat
tolong komen artikel saya k hehe
dan tulis email sahabat sekalian di ruangan komentar ini
insyaALLAH saya akan email pada sahabat berkehendak pada ayat tersebut
insyaALLAH..

WALLAHHUA'LAM




This entry was posted on Wednesday, October 29, 2008 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

nizam is here...

nice_nizam88@yahoo.com.my

hehe :-)~

Post a Comment