Diperjalanan Ini
Posted
Memori silam banyak mengajar ku erti kehidupan sebenar. Tak pernah terlintas pun difikiran ini untuk berada dihadapan dalam memimpin manusia dengan kurniaan kekuatan dariNYA. Allah Taala yang yang mengatur segalanya. Cabaran dan dugaan dalam kepimpinan buat kita semakin matang. Ya Allah kurniakan lah daku kekuatan bersama sahbat2 ku dalam memikul beban dakwah ini. Redailah hidup kami dan permudahkan lah urusan hidup dan akhirat kami.
Melangkah setapak lagi dalam terus menyebar dakwah islam. Membimbing adik2 ku sejak dialam menengah lagi. Adik2ku ketahuilah bahawa kepimpinan itu satu amanah dari ALLAH bukanlah ia suatu yang perlu dibangga - banggakan bahkan ianya satu amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan ALLAH pada kita kelak.
Tambahkan lah ilmumu, pemimpin yang yang baik adalah pemimpin yang dihormati dan bukannya pemimpin yang ditakuti. Ketinggian keperibadian sorang pemimpin akan buatkan ia dihormati, begitu juga dengan ilmunya. Belajar untuk bersifat rendah diri dalam memimpin. Dirimu akan dihormati seandai kamu tahu menghormati orang lain.
Firman Allah SWT dalam surah Asy-Syu'ara' ayat ke 215 yang bermaksud:
"Dan Rendahkanlah Dirimu Terhadap Orang-Orang Yang Beriman Yang Mengikutimu"
Baiki yang teruskan memelihara hubungan kita dengan Allah, juga dengan manusia disekeliling kita. Pastinya hidup kita kan lebih beerti dan bahagia selamanya insyaALLAH....
inshaAllah..
moga kami dijauhkan dari sifat hangat2 tahi ayam..
terus istiqommah..
semakin nmpk kepentingan amanah selepas menghadiri program..
:)