Musafir Daie Bumi Hang Tuah  

Posted by: aidil_mujahid84

MUSAFIR DAIE BUMI HANG TUAH

Alhamdulillah Allah membawa ku dan sahabat musafir ke kuala lumpur hujung minggu yang lepas, bagi menghadiri majlis yang cukup bersejarah, bagi anak-anak melaka di perantauan- PERAWAN MELAKA.

Perawan merupakan NGO ISLAMIC pertama anak-anak Melaka diperantauan yang menggabungkan pecinta-pecinta Islam. Moga kewujudan NGO ni menjadi pemangkin bagi bagi menyuburkan semangat cinta kan islam dalam diri anak-anak melaka yang berada diluar dan di dalam negeri Melaka Bersejarah yang disayangi ini. Kesempatan yang ada kami anak-anak Melaka yang masih dibangku pengajian menara gading merebut peluang untuk berhimpun sebentar antara senior dan junior.





Muqaddimah ringkas kepimpinan baru anak Melaka tentang program-program dakwah yang bakal dianjurkan sepanjang cuti-cuti university tak lama lagi. Kalau kita boleh berdakwah atau sibuk dengan pelajaran di university pada waktu-waktu kuliah, cuti-cuti ni MEMBERI lah pada ummah atau adik-adik kita ditempat tinggal kita pula.


HADIAH ALLAH

Alhamdulilah sempat juga kami anak-anak melaka yang menuntut di KL,MELAKA,JOHOR dan SELANGOR singgah digedung ilmu terbesar 3 tingkat penuh dengan buku2 dari pelbagai penerbit,di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2009 tapi x dapat jelajah semua kerna hanya sempat sejam saja disana sebelum tutup. Kene pergi skali lagi ni, banyak lagi lum belum sempat dijelajahi.

Syukur alhamdulilah Allah menghadiahkan ku buku biografi : Umar Bin Abdul Aziz- Peribadi Zuhud Penegak Keadilan, buku yang terbaik ku kira kerna penerbitan yang dialih bahasa daripada kitab tertua – kitab pertama yang menulis sirah Umar Bin Abdul Aziz karya Abdullah Bin Abdul Hakam. Semoga Allah membimbingku mencontohi Umar dalam menjadi hamba ALLAH dan menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin yang baik.


AZAM UMAR BIN ABDUL AZIZ KETIKA BELIAU DILANTIK MENJADI KHALIFAH

Khalifah ini berkata.
“ Rasullah SAW dan para pemegang tampuk pemerintahan selepas baginda telah memberikan satu sunnah. Mengambil sunnah ini bererti:
-Berpegang teguh pada kitab ALLAH
-Mengukuhkan agama Allah

Tidak ada seorang pun yang berhak menggantikan dan merubahnya dan tidak melihat hal-hal yang menyisihkannya.
Siapa yang mengambilnya sebagai petunjuk, dia mendapat hidayah.
Siapa yang mencari kemenangan dengannya, dia akan menang.
Siapa yang meninggalkannya dan mengikut jalan selain orang yang beriman. Allah akan menghantarnya ke neraka Jahannam, itulah seburuk-buruk tempat kembali”

Abdullah bin abdul Hakim berkata,aku mendengar Imam Malik berkata. “Aku takjub pada azam Umar itu”

Semoga kita dapat mencontohi kepimpinan Khalifah Ar-Rashidin yang ke-5 ini (sesetengah kaul berpendapat begini) dalam memimpin ummah kejalan yang diredhai ALLAH.

Firman Allah Ta’ala
“ Sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir tidak akan(dapat) melaksanakannya (kerana berat), lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh. Sehingga Allah akan mengazabkan orang-orang munafiq lelaki dan perempuan, orang-orang musyrik, lelaki dan perempuan, dan Allah akan menerima taubat orang- orang mukmin lelaki dan perempuan, dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang” Surah Al-Ahzab ayat 72 & 73

Istiqamah Dakwah Begins From : In @ Out  

Posted by: aidil_mujahid84

Firman Allah SWT

" Wahai orang- orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLAH, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
surah Muhammad ayat 7





Assalamulaikum warahmatullahi taa'la wabarakatuh
salam bicara ukhuwwah buat teman2 ku
Ampun ku pinta buat kalian semua
kerna diri ini kurang memberikan komitmen untuk mengisi medan perkongsian dakwah di alam maya ini (blog)

Namun ku pohon kekuatan agar istiqamahnya diri ini terus
mengisi ruang-ruang waktu yang ada
di alam yang nyata.
Selagi nyawa ku masih di jasad ini
untuk ku terus MEMBERI
buat ummah tercinta.

Alhamdulillah..
setelah jiwa ku meronta
dengan keluh kesah.
Mengapa hati ini tidak dapat disentuh atau menyentuh sewaktu di kem pembinaan pelapis kepimpinan
atau boleh ku katakan
kurang nya "kick" yang bisa menerobos hati dan jiwa-jiwa pelapis dengan kesan yang mendalam

Akhirnya terjawab..
pesan murabbiku
" tarbiyah(didikan) itu perlu menyentuh 4 elemen"
1- akal
2- ruh
3- hati
4- nafsu




Akibat penekanan yang kurang seimbang,terutamanya aspek ruhiyyah dangan penuh berkesan, maka akibatnya, lahir lah kader-kader dakwah yang jiwanya kosong, tidak istiqamah, merasakan dakwah ini satu yang membebankan dan sebagainya.

Kita ingin lahirkan kader- kader dakwah yang merasakan bahawa dakwah ini 1 keperluan dalam hidupnya. Sebagai contoh handset. Dahulunya mereka yang mempunyai handset dianggap sebagai 1 lambang kemewahan hidup, namun kini tidak lagi. Handset menjadi satu keperluan dalan hidup, disebabkan kepentingannya untuk memudahkan perhubungan yang cepat dan pantas.

Bila dakwah menjadi 1 keperluan
sudah tentu setiap orang yang mendapat tarbiyah akan melaksanakan proses dakwah dengan hati nya cukup senang. Dia pasti akan menyampaikan dakwahnya dengan siapa sahaja walau dimana jua mengikut kesesuaian tempat dan keadaan.

Perkara ini lah yang disebut oleh ramai pendakwah kita sebagai
dakwah yang bermula dengan "inside - out"
kerna proses pembentukan hati dan jiwa-jiwa pendakwah itu perlu dahulu dipasakkan dengan kuat dalam hatinya
Maka dengan demikian akan lahir lah pendakwah2 islam yang istiqamah dalam menyampaikan dakwah serta istiqamah dalam perjuangan.

Sebaliknya
jika kita membentuk manusia dengan menuntut mereka menjadi pendakwah
dengan mengutamakan cara " outside - in"

Pesan abang tu:
"adik-adik kita kene berdakwah dik, kita akan berdosa kalau tidak menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah, ummah yang terbaik adalah dengan menjalankan amar maaruf nahi mungkar"

Jawab si adik : "betul tu bang saya akan terus kan berdakwah, saya akan setia bersamaa abang"

Dialog ini biasa berlaku bagi adik-adik yang penuh bersemangat pada mulanya dalam bersama-sama menggerakkan dakwah.

Namun dibimbangi sampai 1 tahap,
akibat berjuang dengan tuntutan semangat semata, dan hati-hati mereka tidak dipasak dengan betapa perlunya dia kepada islam dan menyampaikannya kepada orang lain.
maka pendakwah muda itu tidak akan kekal lama
dia akan terasa berat untuk memikul dakwah islam ini.

Cetus dimulutnya kelak:

"aku nak tumpu belajar dulu, nanti dah keluar kampus baru aku sambung semula"

"cukuplah aku berdakwah, tahun akhir bagilah aku tumpukan 100% pada pembelajaran ku"

" kat kampus dulu aku dan penat dah berdakwah, sekarang dah berkahwin bagilah aku bina keluarga aku dahulu, nanti anak aku dah besar aku sambung balik"




Sedih dan sadis sekali. Inilah yang berlaku dalam dunia dakwah di bumi pembelajaran (kampus atau kolej)
Lama ku mengkaji hal ini, dan alhamdulilah perkara ini senada bunyinya bila mana blogger- sahabat yang ku layari spt ust dzul dan ust syaari dan turut membicarakan hal yang sama.

Kita perlu pasak hati kader-kader kita dengan jitu agar akidahnya, pada keperluannya, untuk terus istiqamah dalam memperjuangkan islam tidak goyah dan tercabut. Juga membentuk kader-kader dakwah yang benar-benar mempunyai kekuatan ruhiyyah. Mengenali ALLAH dengan sebenar-benarnya dan amat bergantung harap padanya dengan pembinaan hubungan yang akrab.

Namun untuk melakukan perubahan kita mesti bersama dengan teman2 yang lain.
Perubahan bukan 1 yang mudah.
Pastinya ianya akan berhadapan dengan tentangan
tetapi proses penjernihan perlu dilakukan agar ianya tidak akan terus keruh
dan berkeladak.

Firman Allah SWT.
"Allah akan memberikan petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keaddan mereka dan memasukkan mereka kedalam syurga yang telah deiperkenalkan kepada mereka"
surah Muhammad ayat 5&6

"Ya Allah tunjukkan lah jalan buatku dan teman2 seperjuangan ku
untuk terus membimbing diri dan orang lain ke jalan redhaMu
tunjuki lah kami jalan-jalan kebenaran dan buah fikiran yang baik
agar kami bisa melahirkan pejuang-pejuang agama mu yang mapan
demi mendaulatkan Islam Mu dimuka bumi ini"