3 burung mengiringi 3 ruh syuhada  

Posted by: aidil_mujahid84

assalamualaikum
berikut saya siarkan kuasa ALLAH yang menunjukkan video 3 ekor burung yang mengiringi ruh para syuhada: Syahid Imam Samudera, Syahid Amrozy, dan Syahid Ali Ghufron. Moga-moga ALLAH juga memilih kita satu hari nanti untuk syahid dijalannya...


Di dalam Sunan Abi Daud, hadith 2520, Ibnu Abbas berkata:

“Sabda Rasulullah SAW, “Apabila saudara-saudara kamu dibunuh di Uhud, Allah meletakkan ruh mereka dalam perut burung hijau yang sentiasa menelusuri sungai-sungai syurga, ia makan buah-buahan syurga dan pergi mendapatkan sarangnsarangnya (qanadil) dari emas tergantung di bawah bayangan arasy.”

“Apabila mereka (yang mati syahid itu) dapati betapa enaknya makanan, minuman dan tempat rehat mereka, mereka berkata, “Siapakah yang akan menyampaikan berita kepada saudara-saudara kita tentang kita, bahawa kita sedang hidup di syurga dengan mendapat rezeki. Supaya dengan itu mereka tidak akan berzuhud daripada jihad dan tidak akan undur daripada berperang.”

Lantas Allah berfirman, “Akulah yang akan menyampaikan khabar kalian kepada mereka.” Lalu Allah turunkan ayat: “Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran 169)

Riwayat yang hampir sama disebut di dalam Sohih Muslim hadith (1887). Imam Muslim meriwayatkan hadith ini menerusi 3 jalan. Masruq berkata:
“Kami bertanya kepada Abdullah (yakni Ibnu Mas’ud) tentang maksud ayat: “Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran 169)

Kata Ibnu Mas’ud, “Kami juga pernah bertanya Rasulullah SAW tentang perkara ini, lantas baginda bersabda:

“Ruh para syuhada’ itu di dalam perut burung hijau. Ia ada beberapa lampu yang tergantung di arasy. Ia berterbangan di syurga seberapa lama yang dikehendakinya. Kemudian ia menuju ke arah lampu yang tergantung itu. Lalu Tuhan memandang mereka dan bertanya: “Adakah kalian inginkan sesuatu?” Mereka menjawab, “Apa lagi yang kami mahukan sedangkan kami bebas bergerak di dalam syurga ke mana saja yang kami mahu.”

“Tuhan bertanya lagi hingga tiga kali. Maka apabila mereka dapati mereka tetap ditanya juga, akhirnya mereka berkata, “Ya Tuhan kami, kami mohon supaya dikembalikan ruh ke jasad kami supaya (kami dapat berjihad lagi dan kemudiannya) kami dibunuh pada jalanmu sekali lagi.”

“Maka apabila Tuhan melihat mereka tidak ada lagi apa-apa hajat, merekapun ditinggalkan.”


MAHU DIBUNUH LAGI 10 KALI

Mereka yang telah merasai nikmat mati syahid pasti akan menginginkan supaya mereka dihidupkan kembali oleh Allah supaya mereka dapat terus berjuang dan kemudiannya dibunuh syahid sekali lagi. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi SAW di dalam banyak hadith, antaranya yang diriwayatkan di dalam Sohih Muslim (1877) dan Sohih Bukhari (2817):

“Tidak ada sesiapapun yang masuk syurga ingin kembali semula ke dunia... kecuali orang mati syahid. Sesungguhnya (orang yang syahid) ingin kembali ke dunia dan dibunuh lagi 10 kali disebabkan mereka telah menyaksikan pelbagai karamah (dan pelbagai nikmat anugerah Allah kepada mereka).”



DEBU MENGHALANG NERAKA

Anugerah dan nikmat Allah kepada para syuhada' sememangnya amat berbaloi. Pengorbanan mereka adakalanya dianggap bodoh oleh sesetengah orang. Masakan tidak, ketika orang lain bersenang lenang memilih jalan rehat dan boleh bergembira dan bergelak tawa bersama ahli keluarga dan sahabat handai di rumah, mereka memilih jalan yang sukar. Dipenuhi ranjau dan duri.
Dengan pakaian compang camping dan kaki yang sentiasa berdebu. Namun debu itu debu kemuliaan. Debu yang mendatangkan rahmat Allah. Di dalam Sohih Bukhari (2811) diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Tidak mungkin kaki-kaki yang berdebu pada jalan Allah, lalu disambar oleh api neraka.”


LUKA BERBAU HARUM KASTURI

Bukan setakat tidak disambar api neraka, bahkan mereka masuk ke syurga dengan keadaan yang sangat bahagia. Abu Hurairah berkata:

“Bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Demi (Tuhan) yang diriku berada di tangan-Nya, tidaklah seseorang itu tercedera pada jalan Allah melainkan dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan lukanya menitiskan darah, warnanya warna darah, dan baunya bau kasturi.”
(2803 Al Bukhari dan 1876 Muslim)


SYAFAAT UNTUK 70 AHLI KELUARGA

Ketika berada di pintu syurga, mereka dipelawa memasukinya dengan penuh penghormatan. Bidadari berbaris menanti ketibaan bakal suami mereka. Namun para syuhada' ini enggan memasukinya kerana mereka ingin berkongsi nikmat anugerah Allah ini dengan ahli keluarga mereka. Lalu Allah mengampunkan 70 orang keluarga terdekat untuk mengiringi mereka masuk ke syurga. Subhanallah...

Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunannya (2522): bahawa Nimran bin Utbah meriwayatkan:

“Kami masuk ke rumah Ummu Darda’ sedangkan kami ketika itu anak yatim. Ummu Darda’ berkata, “Bergembiralah kalian kerana aku dengar Abu Darda’ berkata, “Sabda Rasulullah SAW: “Orang mati syahid boleh memeri syafaat kepada 70 orang ahli kelurganya.”


SYURGA DI BAWAH BAYANGAN PEDANG

Dengan berbagai janji nikmat dan kebahagiaan ini, maka para mujahid sedikitpun tidak gentar dalam melaksanakan agenda perjuangan mereka. Mereka tidak hairan apa yang terpaksa ditempuh dan dirempuh. Kerana di hadapan mereka ada syurga. Di hadapan mereka ada redha Allah.

Imam Al Bukhari meriwayatkan di dalam Sohihnya (hadith 2818):

Daripada Salim (Maula Umar) katanya: “Abdullah bin Abi Aufa menulis kepadanya bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dan ketahuilah bahawa syurga itu di bawah bayangan pedang.”

Dipetik dari:
http://ibnu-ismail.blogspot.com/

Jalan syahid yang kita pilih mestilah sesuai dengan keadaan dinegara kita. Syuhadanya mereka kerana ijtihad mereka sendiri walaupun terdapat perselisilihan pendapat dikalangan ulama disana sebelum hari mereka dijatuhkan hukuman samada hukum mereka mati macam tu sahaja atau mati syahid. Setelah mereka dijatuhkan hukuman terbukti Allah menerima kematian mereka sebagai mati syahid..walllhualam..

Acu..Cubo..Try Test..  

Posted by: aidil_mujahid84


Acu.. Cubo… Try Test


Alhamdulillah dapat juga jari ni menari di atas keyboard akihirnya. Meronta jiwa ni nak menulis tapi almaklum lah penumpuan pada paper mesti di aulakan. Syukur alhamdulilah 2 paper telah berlalu tinggal 4 lagi paper yang bakal mendatang..

Sahabat mujahid..
Tajuk yang saya nukilkan kat atas skali tu saya dapat dari sebuah pasar siti khadijah kat klate. Biasanya peniaga-peniaga kat pasar tu terutamanya di lobi luar pasar pasti akan ada pelbagai kretiviti mereka sendiri dalam menarik pelanggan. Jom kita suluh diri kita, sejauh mana kita sebagai khalifah ALLAH menggunakan minda kelas pertama kita (kata ansarmujahirin) dalam menarik manusia dalam patuh dan tunduk pada kehendak ALLAH dengan lebih kreatif


Sebagai muslim yang kita perlu tanamkan semangat jihad(bersungguh-sungguh) dalam apa jua perkara yang kita kerjakan. Namun pastinya, sesuatu jalan yang baik tu bukan mudah nak dilalui kita.

“ala pulun lah kau buat sikit-sikit sudaa”
“aku nak skadar je, dapat degree dah”
“aku biasa-biasa jer”

Biasanya kata-kata member, perasaan kita sendiri dan bercampur dengan bisikan syaitan laknatullahalaihi, yang menduga dan menguji kekuatan kita dalam meneruskan perjalanan usaha kita baik dalam belajar , dan apa jua kerja yang baik yang kita ingin lakukan. Dari hati kita kata nak buat benda baik dalam beberapa saat saja akan berubah pendirian kita, kalau kita x kuat untuk melawan nafsu. Kerna itu lah penting untuk kita punya amalan yang khusus dalam berhubung dengan ALLAH selain amalan fardhu yang wajib kita kerjakan sehari semalam


Extra Mark Sape Nak?

Wah kalau dengar jer pasal nak tambah markah semua pasti berlumba- lumba nak dapatkan ye x? Sanggup kita buat apa saja janji markah lebih tu kita dapat. Kalau kita buat assignment, untuk tarik perhatian lecture pastinya kita akan buat assignment kita lebih tebal isi kandungannya , banyak sumber rujukan, kulit mukan depan yang colourful. Kalau time presentasion pula kita mesti pakai smart-smart/ lawa-lawa, ada perfume lagi dan pastinya dah buat preparation yang mantap agar punya kelancaran yang terbaik bila buat penyampaian. Mari kita renung sejenak Saya analogikan perkara tersebut dalam kerja amal kita untuk akhirat.. terkadang kita terlepas pandang dan memang x pandang dah (lebih-lebih lagi subjek yang kita dah abis final tu kan.. )
Bagaimana untuk buat kan kita dari yang lain dari hamba-hamba ALLAH yang lain. Semestinya kita perlu dan mesti buat lebih dari kebiasanya yang dikerjakan oleh kebanyakkan muslim, maksud saya bukan sekadar kita buat amalan fardhu saja bahkan kita perlu tambah dengan amalan sunat. Teringat saya pada ustaz “mursyid” kata beliau bagaimana kita nak jadi alim dan wara’ kalau kita x jumpa dengan pengajar kita yang memang alim dan wara’ juga.




Let Sroce It

Sahabat mujahid..
Saya mengajak sahabat untuk kita bersama menjadi hamba ALLAH yang lain dari yang lain dari sudut amalan kita, cubalah menambahkan keintiman hubungan kita dengan ALLAH dengan buat date lebih lama denganNYA dan cube berjumpa denganNYA dikala manusia sedang lena diulit mimpi..

Percayalah sahabatku, pengorbanan masa anda tidak sia-sia dan pastinya sahabat kan merasa kemanisan iman sepertimana yang dibilang oleh Rasullullah SAW. Tiada apa yang terindah dalam hidup ini bilamana kita bisa meraih kasih sayang yang khusus dari ALLAH, apa saja yang kita rintihkan pasti ALLAH akan dengari. Sebab kita juga selalu merintih pada NYA, bukan saja diwaktu kita susah tapi kita istiqamah dalam merintih padan walau dalam apa jua keaadaan kita

“ Ya..Allah jadikan daku dan sahabatku ini, istiqamah dalam beramal, matikanlah kami dalam iman.. Ya Allah kurniakan kami cinta mu ya Allah.. Sesungguhnya diKAUlah cinta teragung buat kami..”

inniakahfullah
aidil azhiim shamsuddin


MEMBERI Pada Ummah Dengan Kasih Sayang..  

Posted by: aidil_mujahid84

"Erti hidup pada MEMBERI"

sungguh dalam makna ayat yang ustaz harizal lemparkan dalam kotak minda kita semua baik dalam saifulislam.com mahupun dalam ATN (aku terima nikahnya)

"MEMBERI mestilah dengan kasih sayang, MEMBERI tanpa kasih sayang adalah beban dan benci"


Mengimbau kembali kenangan.. sudah 24 tahun daku diberi peluang untuk hidup didunia, Berapa banyakkah aku MEMBERIkan pada Ummah?? 

Menjadi tanggungjawab setiap muslim menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Firman Allah Subhanahu Wataala yang bermaksud:

"KAMU(umat islam) ADALAH UMMMAH YANG TERBAIK YANG DIKELUARKAN DARI KALANGAN MANUSIA (sekiranya) MENYERU KEARAH KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEPADA KEMUNGKARAN...) - Surah Al Imran ayat 110

Mampukah kita menjadi umat nabi Muhammad yang terbaik setelah ALLAH memberikan syarat untuk kita menjadi golongan umat terbaik seperti yang dinyatakan seperti firman ALLAH diatas?

Jika kita memegang sesuatu amanah, hendaklah kita memegang amanah tersebut dengan sebaik-baiknya.  MEMBERI dan menjalankan tanggungjawab dengan kasih sayang terhadap manusia dengan tujuan membawa ummah bersama-sama menuju Mardhatillah( keredaan Allah)

kalau kita tidak MEMBERI dengan perasaan kasih sayang apa akan jadi? dah tentu kita rasa terbeban sangat dalam konteks kita memegang amanah. Pasti  hati kita  selalu je ada bisikan jahat.

" bilalah nak abis tempoh jawatan aku ni, tak tahan rasanya"

"akh! aku x bebas.. aku nak letak jawatan"

"haha aku berkuasa kini aku boleh buat apa saja dengan duit ini yang kini dibawah penguasaan aku"

"aku nak letak jawatan.. aku x layak.. aku sibuk jer aku tak der masa untuk diri sendiri"

Itu antara bisikan jahat syaitan, dan dialog-dialog negatif yang mungkin kita pernah dengar bila berhadapan dengan pimpinan-pimpinan  baru mahupun lama dalam mana- mana jua organisasi ataupun jemaah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH..

Sesungguhnya amanah yang kita pikul merupakan hakikatnya amanah itu dari ALLAH. Dan seharusnya tempat mengadu dan sumber kekuatan utama kita adalah juga dari ALLAH.


Sirah Panduan Terbaik 

Lihat sahaja pada Nabi Mhammad(SAW). Baginda merupankan panduan yang terbaik untuk kita dalam melayari bahtera kehidupan baik bergelar insan biasa mahupun pimpinan. Baginda MEMBERI pada ummah dengan penuh kasih sayang walaupun baginda memberi "bunga" tapi pernah dibalas "sampah" oleh beberapa ummahnya yang tidak mengerti,

kalau kita lah kan cakap baik-baik dengan seseorang tu tapi orang tu balas dengan "kurang ajar" pada kita dah tentu kita mengamukkan, maki hamun lagi ada. Nauzubilllah.. moga kita dapat memcontohi nabi dalam MEMBERI dan dapat bersabar dalam apa jua situasi.

Sahabatku yang dirahmati ALLAH..

Percayalah jika kasih sayang yang kita berikan juga semaikan dalam kita MEMBERI pada ummah, sudah tentu kita pasti kasih sayang jua yang kita terima oleh ummah.

"What U give U get back"

dalam makna ayat tu kan baik dari sudut mana kita melihatnya dalam konteks beramal,belajar, MEMBERI dan sebagainya.

Penting sangat untuk kita memohon kepada kita diberi kekuatan oleh ALLAH dalam kita MEMBERI. Sesungguhnya tidak mampu kita hadapi segala ujian di dunia ini tanpa kekuatan dariNya.

Seharusnya kita harus punya perasaan kaufi wal ju' (takut dan berharap) moga-moga kita akan kembali kepadaNYA dalan husnul khatimah( pengakhiran yang baik).

Firman Allah Taala yang bermaksud

" Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut(melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambanya hanyalah orang-orang yang berilmu" Surah Al Faatir Ayat ke 28 

Sahabatku..

berikanlah tenaga kita, masa dan jua harta kita pada islam walau apa jua  status baik bergelar pelajar sekolah, mahasiswa, berkerja makan gaji, berniaga, berkhidmat untuk masyarakat dan lain-lain.

seharusnya mesti ada dalam hati dan jiwa setiap muslim sikap MEMBERI( berdakwah) pada sesama muslim yang lain bahkan jua pada non muslim.

Berilah pada mereka dengan kasih sayang dan tonjolkan keperibadian seorang muslim yang sejati. Moga-moga kita dapat mengajak seberapa banyak ummah yang mungkin  dalam mentaati Allah menjauhi larangan nya dan memakmurkan bumi ini dengan segala ketetapan yang telah pun diajarkan oleh tuhan(ALLAH) yang mencipta kita dan bumi ini.

inniakhafullah...

aidil azhiim shamsuddin


Kepimpinan: Antara Taklif & Tasyrif  

Posted by: aidil_mujahid84


Dalam kerancakan pemilihan kepimpinan hari ini, kita hendaklah menyedari bahawa kepimpinan
( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ). Ini perlu dihayati dan dimuhasabahkan oleh kesemua bakal – bakal pemimpin.

Sebenarnya, terdapat dua perbezaan sikap yang ketara antara tasyrif dan juga taklif:

1. Orang yang menganggap kepimpinan adalah kedudukan dan tasyrif baginya akan berkeinginan kepada jawatan tersebut tanpa berfikir ia akan melaksanakan tanggungjawab kepimpinan yang terpikul dibahunya dengan jawatan tersebut. Dia berbangga bahawa dia seorang berjawatan tinggi tanpa dia merasai bersalah dan gerun bahawa tanggungjawab yang dibebankan keatas bahunya itu nanti akan menyebabkan kehinaan dan penyesalan pada dirinya pada hari kiamat jika ia tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

2. Manakala orang yang faham bahawa ia adalah taklif yang akan dipersoalkan pada hari akhirat, ia akan wara’ terhadap jawatan. Jika maslahah dan syura memutuskan, ia memegang jawatan ia akan bertanggujawab dan akan cuba melaksanakannya dengan besungguh-sungguh. Maka ia ambil dengan perasaan takut dan merasai muraqabah Allah s.w.t.

Sewajarnya kita melihat kepimpinan bukanlah satu aset yang wajar dibanggakan, ada individu yang merasakan dirinya lebih daripada yang lain kerana jawatan yang disandang.


Sesungguhnya Islam memuliakan seseorang pemimpin dan mengajarkan konsep taat selagi mana tidak menyalahi syariat, namun pemimpin perlu sedar kemuliaan yang diberikan ini hendaklah disalurkan kepada jalan yang hak, tanpa penyalahgunaan dan pengabaian terhadap amanah.


Seorang pemimpin hendaklah sedar tanggungjawab yang digalas adalah besar. Amanah yang dipikul akan ditanya oleh Allah kelak. Kerana itulah Rasulullah SAW awal-awal lagi memperingatkan umatnya dengan amanah kepimpinan ini. Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghiffari berkata kepada Rasulullah:


"Apa tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi gabenor (pemimpin wilayah)?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : ”Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya."( Riwayat Muslim )


Walaupun amanah kepimpinan ini sangat besar dan berat, namun seorang pemimpin bukanlah dikerah secara paksa untuk melaksanakan tuntutan yang tidak mampu ditunaikan. Islam mangajar kita melaksanakan sesuatu mengikut kemampuan dan kapasiti yang ada, tidak akan ditanya di akhirat mengapa kita tidak berjaya akan tetapi akan ditanya kelak ialah MENGAPA TIDAK BEKERJA MENUNAIKAN AMANAH.

Anak Kunci Ayat Ini...  

Posted by: aidil_mujahid84




Cepat betul masa berlalu

dah pelbagai alam dan tahap pembelajaran daku lalui
bermula dari tadika
sekolah rendah
menengah agama
politeknik
dan akhir nya ke Universiti

sesekali bila ku lihat adik-adik sekolah rendah
teringat daku dizaman kanak-kanak
tentu seronok kan sahabat?


mana tidaknya
penuh dengan keseronokan
tapi sesekali ada juga konflik
biasa lah budak-budak
bergaduh tu perkara biasa
insyaALLAH sekejap jer

maka damailah mereka

tidak lah seperti orang dewasa
yang terkadang sampai bertahun- tahun lamanya tidak bertegur sapa
bagaimana dengan kita?



Guru Mursyid (GM)

bukan nasyid tau.. "mursyid"
sepanjang hidup ku
biasanya daku pasti akan mencari guru yang mursyid yang menjadi rujukan untuk ku dalam menyuluh kehidupan yang penuh dengan ranjau ini

apa makna mursyid?
mursyid dalam pengertian yang mudah untuk daku jelaskan pada sahabat sekalian ialah guru yang benar-benar alim atau boleh dikatakan
amat menjaga tindak tanduknya juga percakapannya
amat tinggi ilmunya.

Memandangnya..
bisa buat kalian terpegun dan tenang
melihat sinar wajahnya yang terpancar sinar keimanan
dan ketinggian ilmu...penuh hikmah dalam berbicara
amat menjaga batas dalam perkara-perkara yang syak dalam santapan

urm..
memang sukar sahabat nak jumpa
tapi percayalah GM
masih ada lagi di sekeliling kita
cuma mungkin kita tidak atau belum mencari dan tentu sekali tidak akan berjumpa


GM yang kukenali


alhamdulillah sepanjang kembalinya daku belajar di bumi Hang Tuah ni
setelah lama menuntut ilmu dibumi Serambi Mekah, Darul Iman dan Darul aman
akhirnya jumpa juga dengan GM di sini

Hari rabu lepas,
rasa terpanggil hati ni terlalu kuat ingin pulang ke rumah
alhamdulillah dapat juga pulang
nak balik sebelum ni
tapi beban kerja memang banyak sangat sebelum minggu exam

malam tu
ayah ku bilang bahawa malam ni ada kuliah oleh ust..(GM)
lalu diizan kan ALLAH untuk ku kesana bersama ayahanda tercinta





Mutiara Ilmu Yang Disampaikan..

alhamdulilah malam ni amat-amat bernilai dan berharga yang ilmu ust kongsikan dengan jemaah yang hadir ke surau mendengar tazkirah beliau

sahabat-sahabat tau kan ayat SERIBU DINAR
umumnya
diketahui bahawa sesiapa yang mengamalkan ayat ini
ALLAH akan permudahkannya dalam mendapatkan rezeki dan menambahkan lagi rezekinya

ustaz istilahkan ayat itu adalah "mangga"
pelbagai -bagai "mangga" yang dikurniakan ALLAH dalam AL-QURAN
yang diajar oleh nabi dalam Hadis
dan alim ulama
buat kita kan

namun tahukah kita mana
anak kuncinya..
dah tentu kalau tidak kene anak kuncinya
tak kan bisa kita perolehi khazanahnya.. ye tak?
insyaALLAH saya akan kongsi ilmu yang berharga ini dengan sahabat-sahabat yang berminat
pendek jer ayatnya..

"anak kunci ayat" SERIBU DINAR ni

sesiapa yang berminat
tolong komen artikel saya k hehe
dan tulis email sahabat sekalian di ruangan komentar ini
insyaALLAH saya akan email pada sahabat berkehendak pada ayat tersebut
insyaALLAH..

WALLAHHUA'LAM




REMPUH DENGAN KEKUATAN DARI NYA  

Posted by: aidil_mujahid84




Tension

bosan
risaunya
aku mesti wat terbaik sem ni

bicara hati
dan dilema dalam minggu exam

ada yang duk relex
ada yang pulun sehabisnya

dimana posisi kita
tepuk dada tanya diri

bersabarlah dalam menghadapi minggu-minggu yang kritikal ni
teruskan perjuangan selagi bernyawa

percayalah sahabatku semua
ALLAH bersama kita

sebelum kita melelapkan mata
munajat dulu padaNYA

usah jemu berbicara padaNYA
ALLAH Maha Mendengar rintihan hambaNYA

rempuhilah ujian dunia ini dengan mendapat kekuatan dalaman dariNYA




sabar lah
ni baru ujian dunia
kita punya lah risau
tapi adakah kita x risau dengan persiapan untuk "kesana"

bila2 masa jer kita bisa "kesana" kan

urm..
dalam duk sibuk nek final exam ni
jangan lah kita lupe yer
pertingkatkan hubungan akrab dan intim denganNYA

percayalah ALLAH sentiasa bersama hambaNYA..




Salam Taaruf Ke Alam Blogger  

Posted by: aidil_mujahid84

Salam perkenalan buat semua
urm dah lama dah..
apa deeaa
ana baru je teruja untuk membuat blog
nak buat dah lama tapi banyak sangat kekangan
Alhamdulillah akhirnya
di perkenankan Alllah untuk menghasilkan blog ni
banyak lagi yang ana kene blajar dari sahabat2 semua
dalam menghasil dan berkongsi dalam alam blog ni

insyaALLAH ana akan pelbaiki dari masa ke semasa
moga sahabat2 semua dapat berkongsi idea untuk ana perkemaskan lagi blog ini
insyaALLAH dengan ruang dan peluang yang ada kita akan membuat perkongsian ilmu dan apa jua berita

inni akhafullah..

aidil azhiim shamsuddin